PERKASA : Kami Penentu Hala Tuju Kuasa Negara
Apakah Ertinya Kuasa, Jikalau Rakyat Hidup Merana ?
Setelah sekian lama disuapkan ikan percuma setiap hari, sudah tiba masanya kena belajar bagaimana pula hendak memancing ikan dengan usaha sendiri. Tiada lagi makanan percuma dalam ekonomi kapitalis globalisasi dalam dunia tanpa sempadan pada ketika ini.
Mampukah hanya dengan kuasa memberikan makanan tanpa sebarang asas kukuh seperti dalam ekonomi, pendidikan dan kestabilan ? Dunia akan menghadapi masaalah pengganguran yang paling ketara sejak Perang Dunia Kedua dalam masa terdekat, mengikut lapuran Persatuan Buruh Sedunia. Megikut lapuran yang di terbitkan oleh Forbes, 80% rakyat Malaysia di klasifasikan sebagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Setiap hari hidup dalam kebimbangan, adakah masih ada keesokan harinya.
Pelabur asing mahupun pelabur tempatan hanya geling kepala dengan gelagat kebudakan kamu sekalian, wahai Perkasa. Trend dana pengaliran keluar pada ketika ini adalah amat membimbangkan. Malaysia adalah satu satunya negara ASEAN yang mencatatkan angka ngeri negatif dengan dana masuk - keluar, iaitu sebanyak 81% pada tahun 2009, mengikut statistik Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.
Pada zaman tujuh puluhan serta lapan puluhan, Malaysia adalah sebuah negara yang di kenali sebagai Harimau Asia yang dikagumi. Tetapi pada hari ini, Harimau ini sudah hilang taringnya dan tidak mempunyai daya saingan dengan negara seperti Naga Tidur China, Ultra Kiasu Singapura, Balik India, Balik Tongsang Hong Kong, Paling Innovatif Di Dunia South Korea, Lampu Merah Thailand, Secular Indonesia, Perang Vietnam.
Kemiskinan serta kebuluran tidak mengenal Ugama, Bangsa atau Kerakyatan. Kos pendapatan kita sudah statik lebih daripada sepuluh tahun tetapi kos saraan meningkat saban hari. Penduduk semakin meningkat, pekerjaan semakin berkurangan. Bagaimana kita hendak memberikan perkerjaan kepada ratusan ribuan graduan setiap tahun ? Mampukah kerajaan menyerap kesemua mereka ini di dalam perkhidmatan kerajaan jika tiada yang berani melabur di sini ?
Bumi bukannya statik dan paksinya sentiasa berputar. Begitu juga dengan lumrah hidup dunia. Mereka tidak akan menuggu kita sekiranya kita masih lagi tidur lena dalam buaiyan yang indah dengan khayalan. Tiada lagi
HAMBA ABDI ATAUPUN KETUANAN
No comments:
Post a Comment