Beras yang di makan berbillion orang, akan melahirkan berbagai karenah dan pendapat yang berbeza. Banyak yang keliru tentang perkataan TANGGUNGJAWAB ini. Banyak definasi yang boleh di tafsirkan. Berikut adalah definasi saya, khasnya di tujukan kepada anak serta guru mengenai perkataan ini.
Pada hari ini, demi mencari kemewahan, kita lupa tanggungjawab kita sebagai anak kepada ibubapa. Banyak orang tua yang hidup bersendirian dan penuh kesunyian walaupun ada anak dan cucu yang kaya raya. Memiliki banglo dan kereta yang berjuta juta. Begitu juga pusat orang tua yang tumbuh pesat macam cendawan pada hari ini.
Berbagai huraian alasan akan di berikan, yang di klasifasikan oleh mereka sebagai amat taat dan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak kepada ibubapa. Kebanyakkan memberi perkerjaan sebagai alasan. Ada yang kata isteri tidak mahu duduk dengan orang tua kerana banyak mengumpat. Mungkin ada kebenaran di sini. Ini kebanyakkanya berlaku kepada keluarga yang mempunyai adik beradik yang ramai. Ibubapa akan di tendang macam bola, ke sana, ke sini terutamanya bila mereka sudah tua, uzur dan mermerlukan rawatan doktor yang kerap.
Tandatanya tanggungjawab timbul dalam situasi sebegini. Wang ringgit serta isteri dapat di cari dan di tukar ganti tetapi ibubapa tidak dapat di jual beli. Ada yang kata, saya bagi makan dan minum serta segala kemewahan dengan menggunakan banyak wang. Begitu juga lembu dan kuda. Binatang ini juga di beri makan dan minum serta bangsal tinggal dengan menggunakan wang !!! Cuba kita tanya sendiri, ada apakah perbezaan ibubapa kita kalau di bandingkan dengan binatang ini ?
Bagi orang tua yang uzur dan sakit, wang ringgit tiada bermakna bagi mereka. Apa yang mereka perlukan ialah salah seoerang anak berada di samping mereka serta dapat mendengar gelak ketawa dan teriakan dan melihat gelagat kebudakan cucu kesayangan mereka. Kasih sayang saja yang mereka pinta.
Di harap yang masih mempunyai ibubapa, curahkan kasih sayang kita semasa mereka masih ada. Jangan hanya kesal dan menangis bila di perkuburan mereka.
.........................................................................................................................
Sistem pelajaran kita pada masa kini seakan sebuah kapal yang tanpa nahkoda. Polisi yang berputar belit, di luluskan dan tidak di luluskan pada masa yang sama. Macam loyar buruk cakap, quod approbo non reprobo. Mengambil se langkah ke hadapan dan dua langkah ke belakang.
Pendidikan tidak boleh diperjudikan walaupun ada berlainan pendapat di dalam politik. Janganlah biarkan generasi yang berikutnya menanggung hutang kita hanya kerana ketamakkan kuasa, kekayaan serta ego. Tidak ada kemegahanya hanya dengan jumlah angka yang besar dan di gelar sebagai graduan yang setengah masak.
Kerjaya seorang guru adalah sangat mulia dan satu tanggungjawab yang amat berat. Tujuanya adalah untuk memulangkan balik segala pengetahuan yang di miliki kepada anak murid mereka. Menggangap anak murid sebagai anak sendiri dengan penuh kasih sayang. Benih yang kita tanam hari, kenalah di jaga dengan betul agar kita dapat meraihkan titik peluh kejayaannya di kemudian hari.
Ada segelintir guru hanya menganggap tugas yang amat berat ini "sebagai satu kerjaya untuk mencari nafkah". Kalau guru yang berfikiran sedemikian, saya cadangkan cari lah kerjaya lain. Tidak sesuai sebagai guru yang tidak melengkapkan diri, seperti dalam pengetahuan am. Mengajar dengan fakta yang di petik di atas angin dan anak didikannya pasti akan menjadi kuda kayu.
Kita hanya menanam herba pahit dan mengharapkannya membuahkan oren ?
You only plant a bitter herb, and do you expect an orange tree to spring forth ?
Tulisan yang tuan tulis amat dalam maksudnya. Penuh dengan nasihat tersurat dan tersirat. Tahniah diatas penulisan yang baik dan jujur menambahkan ilmu pembaca.
ReplyDeleteSaudara John,
ReplyDeleteAda banyak budaya dan falsafah yang baik ketinggalan moyang kita harus dipelihara. Bagaimana kita sebagai manusia sejagat harus tolong antara satu sama lain tanpa mengira ugama dan bangsa.Semangat belajar yang kian makin pupus.