Wednesday, September 15, 2010

Kelentong Ridhuan Tee Dan Seangkatannya

Cahaya Bersinaran Atau KemalapanYang Bakal Mengundang Di Penghujung Terowong ?

Saban hari kita akan kedengaran lagu dan irama yang sama tentang isu seperti, Perlembagaan Malaysia, Kontrak Sosial, Article 153, Ketuanan dan B. Melayu. Tidak pernah mendengar burung murai yang menjadi batuapi ini memyanyi bagaimana untuk memulihkan ekonomi serta sistem pelajaran yang menjadi asas kukuh bagi sesebuah negara untuk bergerak maju ke hadapan.

Kos rentak permainan perkauman, adalah terlalu mahal. Rakyat biasa, tidak mampu untuk membiayainya dan di jadikan sebagai mangsa dalam permainan ini. Hanya kumpulan elit dan yang ada kepentingan diri sendiri, mampu menarinya. Rakyat jelata bagaikan kalah jadi abu, menang jadi arang.

Di harap warga emas seperti mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dapat memberikan tauladan yang baik kepada generasi muda kita untuk menghadapi realiti dunia yang nyata. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Kita tidak dapat memutar jam balik ke zaman kegemilangan dahulu. Penghormatan dengan paksaan tiada maknanya.  

Harta yang Tun miliki tidak   akan kehabisan untuk beberapa generasi berikutnya. Salah satu daripada 7 anak Tun, seperti Mirzan yang memiliki saham yang berbillion dalam syarikat pembuat bir dan makanan yang terbesar di Filipina, iaitu, St Miguel Corp. Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 2009 dan keluar pada tahun 2010 .Tidak yakin dengan ekonomi negara sendiri, Tun ?

Pendidikan adalah asas yang amat penting untuk menjayakan ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan. Ridhuan Tee, panggil "balik Cina" jika tidak memperkasakan B. Melayu. Mansuhkan sekolah vernacular. Anak sendiri di hantar ke sekolah mana, S. Kebangsaan atau Vernacular ? Anak Pak Menteri kita pula di hantar ke sekolah antarabangsa untuk memperkasakan bahasa orang putih pula.

Bagaimana hendak memperkasakan B. Kebangsaan jika orang yang bergelar academik seperti Ridhuan Tee tidak mampu menghasilkan buku rujukan yang terperinci terutamanya dalam bidang sains dan teknologi maklumat ? Bak kata pepatah, hanya kedengaran halilintar, hujun tidak turun pula.    

Sistem pelajaran SK yang sentiasa terumbang ambing, membuatkan murid, guru serta ibubapa banyak pening. Cadangan hendak di mansuhkan PMR pula, padahal negara negara maju seperti OECD , mengambil inisiatif untuk mengkaji dan memperbaiki kelemahan sistem pelajaran negara masing masing dengan budak yang berumur 15 tahun sejak tahun 1997.

Ujian Programme for International Student Assesment ( PISA ) diadakan 3 tahun sekali, khususnya dalam bidang Reading, Mathematic, Science dan Critical Thinking. Kali terakhir ianya dianjurkan, sebanyak 63 negara mengambil bahagian. 30 anggota tetap OECD dan 33 negara jemputan. Entah sudah berapa lama tiada satu pun universiti kita tidak tersenarai dalam 500 terbaik Academic Ranking World Universities. 

Adakah mungkin Perkasa faham erti kesemua Perlembangan Malaysia ? Ini adalah kerana Perlembagaan Malaysia mempunyai lebih daripada 60,000 perkataan, iaitu lebih daripada 12 kali ganda Perlembagaan tertua di dunia, iaitu Perlembagaan AS yang mempunyai kurang daripada 5000 perkataan. "Strategi Lautan Biru" mereka yang berlandaskan teknologi tinggi sudah tenggelam dalam Laut Cina Selatan ?

Sebagai Ketua Kerajaan, Datuk Seri Najib perlu bertanggungjawab mengambil langkah yang berani untuk menyakinkan pelabur asing sebelum terlambat. Masa tidak dapat menunggu kita dan minyak akan kehabisan tidak berapa lama lagi. Deficit sekarang adalah amat ketara dan jika dibiarkan pasti akan menjadi barah.

Tidak boleh lagi menari dengan langkah Rumba apabila irama Foxtrot yang didendangkan. Gagasan 1Malaysia akan menjadi sandiwara sahaja. Selamat menyambut Hari Malaysia.    



  

No comments:

Post a Comment