Terlebih dahulu saya meminta maaf kepada para pembaca yang budiman sekalian sekiranya ada terlanjur kata. Memandangkan saya adalah seorang yang miskin dan tiada banyak berpelajaran, saya akan menulis kandungan surat ini dalam dwibahasa untuk pembaca menjadi hakim dalam isu ini with your wisdom.
Sebagai pendahuluan, saya berharap artikel ini janganlah dijadikan isu agama.Di dalam keluarga saya, terdapat ramai juga yang beragama Kristian. Hormat menghormati adalah amalan kita. Tujuan saya menulis surat ini hanya untuk menuntut satu keadilan kepada kawan dan jiran saya sejak kecil yang meninggal dalam satu kemalangan lebih kurang 12 tahun yang lalu. Orang yang mati tidak boleh bercakap seperti kata Dr. Porntip.
En. Lim Guan Eng, email yang di kirimkan oleh saya kepada kamu dan di sk kepada En.Chow Kon Yeow (Pengerusi DAP Pulau Pinang) dan En.Tan Beng Huat (bekas ADUN Jawi) pada hari Jumaat. 17hb Disember, 2010 dan di susuli dengan email kedua terus kepada kamu pada 18hb Mac, 2013 masih lagi tidak di balas sehingga kini oleh sesiapa pun. Saya mengadu terus kepada kamu tentang kelakuan seorang councilor lantikan kamu dari DAP kerana saya tidak mahu perkara ini di politikkan. Ugama adalah satu senjata yang paling bahaya dan sentiasa di salahgunakan oleh orang yang tamak dan ianya berlaku kepada setiap agama.. A spark of fire can burn an entire prairie.
Bukankah En. Lim juga marah bila orang politik mempergunakan anak kamu di dalam satu video yang disiarkan melalui Youtube ? Anak En. Lim adalah anak dan anak kami yang miskin bukannya anak ?
Kenapa saya sangat marah mengenai isu ini, En. Lim ? Saya menitiskan air mata semasa saya membaca blog kepunyaan anak perempuan mendiang kawan saya yang mengatakan emaknya sebagai "HOPELESS" (Tidak Ada Harapan) dan "USELESS" (Tidak Berguna) disebabkan indoctrinikasi ugama. Budak ini hanya berusia 14 tahun ketika dia menulis artikel tersebut. Di dalam satu kata perpatah Cina berbunyi "antara langit dan bumi, ibubapa adalah yang paling mulia dan anak yang derhaka akan di panah petir".
Budak ini hanya berusia empat tahun bila bapanya meninggal dunia. Siapa yang beri makan serta minum dan pelbagai keperluan hariannya, jika bukan emaknya yang beri ? Emaknya berkerja dari subuh hingga ke malam seperti se ekor kerbau membuat kuih untuk menyara empat anak beranak. Begitukah caranya kita mengajar anak muda membalas jasa ibubapa kita dengan perkataan yang sebegitu biadap dan menyakitkan hati ?
Bagaimana isu ini boleh timbul ? Councilor tersebut serta isterinya memiliki satu pusat tuition. Mereka mengajak budak budak dari pusat tuition tersebut untuk menyertai Gospel Hall. Kalaulah hanya untuk bergaul dengan penganut ugama lain dan belajar alat musik, maka ianya amatlah di galakkan. Tetapi malangnya, budak budak ini di ajar ugama Kristian versi Gospel Tuth mereka di tempat tersebut tanpa pengetahuan ibubapa.
Tujuan ibubapa menghantar anak mereka ke pusat tuition adalah untuk menimba ilmu dan bukannya membayar mereka untuk menimba ugama dan mendengar kelentong politik selama 10-15 minit. Saya tidak melaporkan perkara tersebut kepada Kementerian Pendidikan kerana saya tidak mahu merosakkan tempat orang mencari pendapatan hidup.
Saya mengaku dengan secara lisan En. Lim ada mengarahkan councilor tersebut untuk menyelesaikan perbalahan ini. Adakah mereka ikhlas untuk berbincang dengan kronologi perbualan seperti berikut:
Saya menyuruh Teoh (councilor) untuk mengajar mengikut syllabus dan jangan babitkan ugama dan politik. Dia kata tidak boleh sebab dia mengajar Sejarah. Ya, kebanyakkan kandungan Sejarah pada hari ini adalah mengenai Islam. Bila saya tanya, di dalam buku Sejarah, adakah ianya tertulis panggil ibubapa kamu mengundi DAP ? Saya amat terkejut semasa dia memberi balasan sebegini "oh, kalau begitu, kamu beritahu ibubapa yang tidak suka dengan cara pengajaran saya, jangan hantar anak mereka ke pusat tuition saya". Begitukah caranya kita bercakap kalau ada keikhlasan untuk berbincang ? Bagi saya ini adalah macam cakapan orang samseng di zaman muda saya.. Ini tikaman pertama yang saya kena terima.
Tikaman saya yang kedua datangnya dari pengerusi Gospel Hall tersebut, iaitu En. Goh. Saya merayu kepadanya supaya jangan menggunakan budak untuk mendakwah. Biar mereka mengikut ibubapa mereka selagi mereka masih lagi kena bergantung kepada ibubapa mereka. Bila mereka sudah boleh berdikari, kita sebagai ibubapa akan hormati apa jua ugama yang mereka akan pilih. Adakah kertelaluan permintaan saya En. Lim ? Bukankah amalan saling hormat menghormati adalah diantara salah satu budaya kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan ugama ?
Jawapan dari pengerusi tersebut adalah TIDAK BOLEH. Sebagai seorang loose cannon, saya pun menaikkan suara saya, KENAPA TIDAK BOLEH ???
Dia berkata kalau begitu, dia mencadangkan dimana ibubapa menandatangani surat persetujuan untuk anak mereka menyertai Gospel Hall. Saya cakap, boleh, tetapi dengan syarat di dalam surat persetujuan tersebut menyatakan kamu juga mengajar ugama Kristian. Dia kata tidak boleh pula. Bukankah kenyataan sebegini membuktikan mereka masih berdegil untuk menggunakan budak budak yang berugama Buddha untuk berdakwah ?
Bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dengan perbualan yang sebegini En. Lim? Mereka selalu pegang pangkal pedang tetapi saya selalu kena pegang penghujungnya. Saya tidak akan dapat menerima tikaman yang ketiga, justeru itu saya pun meminta izin untuk balik. Sebelum saya hendak balik, Teoh memanggil saya menggambil sekeping gambar sebagai kenangan, saya pun bersetuju sebagai tanda penghormatan saya kepada tempat beribadat.
Budak budak DAP Komtar, saya bukannya gila dan saya faham segala apa yang saya tulis di sini boleh di hadapkan ke mahkamah sekiranya tidak ada kebenarannya. Kalau saya di hadapkan ke mahkamah, saya tidak mampu untuk mengupah seorang peguam tetapi saya akan membela diri sendiri.
Sebelum saya postkan surat terbuka ini, saya pergi bersembang dengan Mother Mary sebanyak dua kali di St Anthony Church yang jaraknya hanya terletak 500m dari rumah saya. Walaupun saya berugama Tao, tetapi saya lebih selesa bersembang dengan Mother Mary sejak saya berumur 15 tahun. Adilkah En. Lim untuk terus membenarkan mereka berbuat begitu tanpa sebarang tindakan disiplin ?
This is my religion. There is no need for temples; no need for complicated philosophy. Our own brain,our own heart is our temple; the philosophy is KINDNESS - Dalai Lama